WACANA IPDM SIRI 1/2024 KUASA MUTLAK KEPADA RAJA BERPERLEMBAGAAN: MENTAKRIFKAN PERANAN YDPA DALAM KEPIMPINAN HARI INI

WACANA IPDM SIRI 1/2024

KUASA MUTLAK KEPADA RAJA BERPERLEMBAGAAN: MENTAKRIFKAN PERANAN YDPA DALAM KEPIMPINAN HARI INI

Feb 19, 2024 - Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM) telah mengadakan wacananya yang pertama pada 13 Februari baru-baru ini. Wacana IPDM Siri 1/2024 telah disiarkan menerusi saluran webinar webex dan Facebook live. Wacana IPDM ini merupakan wadah bagi membincangkan isu-isu yang semasa yang berkaitan dengan negara baik daripada segi politik, pentadbiran dan kepimpinan, pemikiran barisan Perdana Menteri dan tokoh-tokoh ulung, kedaulatan dan keselamatan negara, pembangunan, ekonomi dan sebagainya. Wacana ini merupakan siri pertama pada tahun 2024 ini yang dikemudikan oleh Felo Penyelidik IPDM, Prof. Dr. Munif Zarirruddin Fikri Nordin selaku moderator.

Wacana IPDM yang menampilkan pembicara hebat iaitu Datuk Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain yang kini bertugas di ISTAC-IIUM dan terkenal sebagai pengasas perundangan watan. Beliau berjaya memenangi enam Anugerah Buku Negara sejak tahun 2018 dalam kategori undang-undang perlembagaan, kenegaraan dan sosio-budaya. Terakhir ialah Anugerah Perdana Buku Negara 2022 dalam kategori Penulis Buku Ilmiah Diraja melalui buku berjudul Yang di-Pertuan Agong: Kedaulatan, Prerogatif dan Amalan.  Kini berjawatan tetap sebagai Profesor Madya di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah dan dipinjamkan ke Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Tamaddun Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau banyak menghasilkan penulisan serta terlibat aktif sebagai pakar perunding dalam pelbagai jawatankuasa di peringkat kementerian, badan berkanun dan diiktiraf sebagai pengasas jurisprudens watan oleh World Philosophical Forum. Atas jasa cemerlang buat negara, Wan Ahmad Fauzi dianugerahkan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) pada tahun 2010. Kurniaan lain yang diterima ialah Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (DPNS) dan Darjah Setia Mahkota Terengganu (SMT).