Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani.
IPDM yang ditubuhkan pada 2003 telah berusia melebihi 20 tahun. Ia satu tempoh usia yang membolehkan IPDM berdiri kukuh di atas visinya iaitu untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam pemikiran, kepimpinan, dan dasar negara. Bagi menyokong visi, IPDM bergerak sebagai sebuah pusat penyelidikan, perundingan, dan latihan aspek-aspek pemikiran, kepimpinan, dan dasar termasuk barisan Perdana Menteri Malaysia.
Sebagai sebuah pusat penyelidikan yang menawar pelbagai perkhidmatan penyelidikan, perundingan, dan latihan kepada pihak-pihak yang memerlukan, IPDM bergerak selari dengan aspirasi negara Malaysia Madani, secara neutral tanpa kecenderungan ideologi politik. IPDM melangkah merealisasikan visi melalui kolaborasi dengan pelbagai pihak sebagai tenaga pakar kandungan, pendanaan, dan perlaksanaan.
Justeru, IPDM dengan berbesar hati mengalu-alukan penglibatan kepakaran dari pelbagai pihak dalam sektor awam dan swasta untuk melaksanakan pelbagai program. Ia adalah usahasama penting bagi sama-sama melonjak negara menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing. Sama-sama kita saksikan negara Malaysia mengorak langkah mendepani pelbagai onak menuju ke mercu dengan gandingan kita semua.