Background

Latar Belakang

Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) atau Tun Dr Mahathir Mohamad Institute of Thoughts telah ditubuhkan dengan kelulusan kabinet Malaysia pada 30 Julai 2003 dengan visi untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam pemikiran, kepimpinan dan dasar negara. IPDM bertujuan untuk menjadi pusat penyelidikan, rundingan, pengumpulan dan rujukan utama tentang pemikiran-pemikiran para Perdana Menteri di Malaysia.

Matlamat penubuhan IPDM adalah untuk :

  1. Menjadi pusat penyelidikan, perundingan, pengumpulan dan rujukan utama tentang pemikiran, wacana, kepimpinan dan dasar-dasar negara.
  2. Meneliti dan menterjemahkan pemikiran, wacana, kepimpinan dan dasar negara ke dalam program atau aktiviti akademik/profesional yang boleh digunakan oleh generasi kini dan masa depan, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  3. Menggubal dan melaksanakan dasar-dasar yang berkaitan dengan ketahanan nasional.
  4. Mengkomersialkan aktiviti-aktiviti IPDM untuk menjana pendapatan kepada universiti.