IPDM SANTUNI PENDUDUK SEKITAR MASJID TAMAN PASU, JITRA DENGAN BAKUL MAKANAN PERCUMA

 
bakul
 
IPDM ONLINE : Sekitar 200 penduduk khususnya mereka yang kurang berkemampuan di sekitar Taman Pasu, Kampung Teluk Nibong, Kampung Gelam, Desa Damai dan Kampung Nyior pagi tadi mendapat bakul makanan percuma.
Mereka diberikan sekampit beras 5 kilogram, pek berisi tepung, minyak masak, teh dan gula serta pilihan ikan kembung atau ayam.
Program berkenaan anjuran Masjid al-Hidayah Taman Pasu, Jalan Hospital, Jitra dengan kerjasama Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad Universiti Utara Malaysia.
Turut hadir di majlis itu ialah Pengerusi Masjid al-Hidayah, Ustaz Abdul Rahman Mustapha, manakala IPDM diwakili Timbalan Pengarahnya, Prof Madya Shafee Saad.
Pada majlis yang sama, wakil IPDM turut berkongsi maklumat mengenai kepentingan mematuhi SOP ditetapkan oleh pihak kerajaan agar wabak ini tidak menular dalam kalangan penduduk setempat khususnya ahli kariah masjid.
Penduduk setempat turut diberi penerangan dan galakan untuk menanam tumbuhan hijau di kawasan masjid dan rumah bagi melestarikan alam ini.
IPDM turut mencadangkan agar anak-anak pokok yang sedia ada ditambah di persekitaran masjid untuk mewujudkan suasana yang nyaman, redup dan cantik.
TAMAT