Perkhidmatan

Perkhidmatan yang disediakan di Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM):
 

Penyelidikan & Perundingan

Sebagai sebuah Institut yang berhasrat untuk menjadi pusat penyelidikan, perundingan, pengumpulan dan rujukan utama tentang pemikiran, wacana, kepimpinan, dan dasar-dasar negara, maka Institut memberi fokus kepada tiga bidang tujahan iaitu :
  • Kepimpinan
  • Pembangunan Institusi
  • Komuniti dan Sosial Harmoni
IPDM juga bersedia mengendalikan apa-apa bentuk penyelidikan dari pihak luar, sama ada dikendalikan sepenuhnya oleh IPDM mahupun kolaborasi.
 

Latihan / Bengkel / Seminar / Persidangan

IPDM berusaha untuk menterjemahkan pemikiran, wacana, kepimpinan dan dasar-dasar negara ke dalam program ataupun aktiviti-aktiviti akademik atau separa akademik melalui latihan, bengkel, seminar mahupun persidangan. IPDM berharap melalui aktiviti-aktiviti ini, percambahan dan perkongsian idea dapat dilakukan, lantas disebarkan kepada segenap lapisan masyarakat.
 

Penerbitan

Dalam usaha menyebar-luas idea kepimpinan negara terutamanya, dan memperkayakan bidang ilmu untuk rujukan dan bahan bacaan segenap lapisan masyarakat, IPDM berusaha menerbitkan setiap aktiviti IPDM ke dalam bentuk buku dan lain-lain penerbitan. Sehingga kini, fokus IPDM dalam penerbitan adalah menjurus kepada koleksi artikel, koleksi ucapan serta pelbagai bentuk forum, bicara atau talkshow juga diterjemahkan ke dalam bentuk buku. IPDM akan berusaha untuk terus mempertingkatkan penerbitan dari semasa ke semasa.
 

Program Sejarah Lisan

Program sejarah lisan bertujuan untuk merekodkan pengalaman-pengalaman tokoh yang terlibat secara langsung dengan sesuatu peristiwa mahupun individu dan dilakukan melalui kaedah wawancara. IPDM berharap melalui sejarah lisan ini akan dapat merekodkan pengalaman berharga terutamanya yang berkaitan dengan kepimpinan negara sebagai bahan rujukan dan penyelidikan. IPDM juga bersedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat untuk sama-sama melakukan sejarah lisan.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM