Mantan Karyawan Tamu

 

YANG BERBAHAGIA TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN

 

karyawan zainuddin

Yang Berbahagia Tan Sri Zainuddin Maidin merupakan Karyawan Tamu IPDM yang pertama. Beliau dilantik pada 1 Mac 2010. Beliau adalah mantan Menteri Penerangan dan seorang tokoh wartawan yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kewartawanan. Selain Menteri Penerangan, beliau juga pernah menjadi Penasihat Media Menteri Penerangan, Ketua Editor Utusan Melayu, Lembaga Pengarah Utusan Melayu dan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan. Antara penerbitan yang dihasilkan oleh Tan Sri Zainuddin Maidin semasa dilantik sebagai karyawan tamu IPDM ialah "Di Depan Api di Belakang Duri", "Hari itu Sudah Berlalu", "Runtuhnya Media dan Intelek Melayu Singapura" dan "Saya Bukan Menteri". Selain itu, Tan Sri Zainuddin Maidin juga aktif menulis dalam blognya http://zamkata.blogspot.com 

 

di depan

ISBN 978-967-61-2593-4

Membaca kisah sejarah Utusan Melayu Di Depan Api di Belakang Duri anda akan menginsafi, memahami dan mengakui bahawa akhbar Utusan Melayu dan Utusan Malaysia bukanlah sebuah akhbar biasa tetapi akhbar perjuangan yang tidak ada tolok bandingnya di negara ini.

"Utusan Melayu tidak akan dapat dipisahkan daripada perjuangan bangsa Melayu." - Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

"Belum pernah dalam sejarah persuratkhabaran Melayu, sebuah akhbar dapat hidup begitu lama. Inilah sejarah yang diukir oleh Utusan Melayu." - Tun Abdul Razak Hussein

"Pada masa lalu, Utusan berjaya menyatupadukan orang-orang Melayu serta meningkatkan semangat kebangsaan sehingga tercapainya kemerdekaan, sudah tentu pada masa ini boleh memainkan peranan bagi menyampaikan perutusan tertentu sehingga tercapainya matlamat Dasar Ekonomi Baru.' - Tun Hussein Onn

"Saya berbangga kerana Utusan dapat bertahan ke hari ini walaupun telah menempuh pelbagai rintangan dan cabaran." - Tun Dr. Mahathir Mohamad

"Saya yakin dan amat berharap agar media di Malaysia sentiasa menjunjung prinsip tanggungjawab demi kepentingan bangsa dan negara. Jangan hanya kerana komersial, kita membunuh nilai-nilai murni yang diharapkan masyarakat." - Tun Abdullah Ahmad Badawi

"Biarlah dalam abad ke-21 ini, Utusan terus menjadi sebuah institusi yang unggul atas nama perjuangan bangsa dan agama." - Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

 

hari itu

ISBN 978-967-61-2429-6

Buku ini memuatkan tulisan-tulisan Zainuddin Maidin (ZAM) dalam kolum Mingguan Malaysia dari 13 September 2009 hingga 28 Mac 2010. Di samping itu dimuatkan juga tulisan-tulisan beliau yang masih belum tersiar. Banyak peristiwa menarik yang diceritakan kembali oleh beliau, yang kadangkala tidak disiarkan untuk tatapan umum di akhbar. Catatan-catatan ini menambahkan lagi bahan menarik uniuk dibaca dalam buku ini.

Penulisan buku ini adalah berdasarkan pengalaman beliau dalam dunia kewartawanan selama lebih 30 tahun dengan Utusan Melayu (M) Sdn Bhd. ZAM berpendapat pengalaman wartawan mempunyai nilai besar kerana is membabitkan peristiwa-peristiwa bersejarah dan tentu menarik minat kepada para pengkaji atau peminat sejarah pada masa akan datang. Wartawan adalah saksi sejarah. Pengalamannya adalah cerita peristiwa. 1a melangkaui memoir dan autohiografi. la bukanlah buku akademik tetapi fakta dan bahan penulisannya amat sesuai dijadikan rujukan sama ada pelajar ataupun pembaca umum.

Tulisan beliau yang tersiar dalam kolum Mingguan Malaysia ini telah mendapat sambutan pembaca dan ramai yang meminta supaya dibukukan. Atas permintaan ramai ini tulisannya dibukukan dan diberi judul Hari Itu Sudah Berlalu. Adalah diharapkan buku ini dapat menjadi bacaan yang balk kepada para pembaca sep.erti buku-buku beliau sebelum ini iaitu Tun Razak- fejak Bertapak Seorang Patriot, Mahathir di Sebalik Taini; Yang Terbaik daripada Awang Selamat dan Wira Tali Didendang. Mahathir di Sebalik telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Cina dan Tamil dan mendapat sambutan hangat daripada pembaca.

 

runtuhnya

ISBN 978-967-0193-01-4

Runtuhnya Media dan Intelek Melayu Singapura mengungkit satu memoir mentaliti intelektualisme dan sikap orang Melayu di Singapura. Singapura sebagai kosmopolitan telah berjaya membentuk watak warganya yang terbuka sifatnya dengan nasionalisme yang progresif dan dinamik, terutama di kalangan orang Melayu. Tetapi kini semuanya sepi dan tenggelarn. Anak-anak Melayu yang berjaya sebagai profesional atau sebagai usahawan dan sebagainya dengan bantuan biasiswa, pinjaman dan sebagainya, tidak ramai yang menunjukkan kesedaran seperti mereka yang telah bangun di atas kaki sendiri di awal kebangkitan Melayu di Singapura. Malahan lebih memilukan apabila mereka kelihatan sukar untuk melahirkan lebih ramai orang Melayu yang berjaya sepertimana harapan pemimpin negara.

Sebagai orang Melayu, kita harus menilai diri kita untuk mengenali apakah yang diperlukan dalam perjuangan untuk survival orang Melayu dalam Malaysia yang juga akun menghadapi cabaran yang sama. Moga-moga kita tidak lagi mewarisi kualiti manusia yang nampak perabot ketika beras diperlukan.

Tan Sri Zainuddin merupakan wartawan yang mencari pengalaman sambil bekerja, malah beliau juga terdidik secara formal. Mudah-mudahan kombinasi di antara kedua-duanya ini akan dapat mencurahkan manfaat kepada universiti dan penuntut. Tan Sri Zainuddin, 71, anak kelahiran Kedah, dilantik sebagai Karyawan Tamu di Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM) UUM pada bulan Mac 2010 bagi menghasilkan karya-karya beliau selain menyampaikan syarahan dan berkongsi pengalaman dengan mahasiswa-mahasiswi UUM. Beliau yang juga mantan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan telah menceburkan diri dalam bidang kewartawanan sejak berusia 18 tahun sebagai Wartawan Sambilan di Warta Negara dan seterusnya berhijrah ke Utusan Melayu sehingga menjawat Timbalan Pengerusi Eksekutif, Utusan Melayu (M) Berhad. Beliau pernah menghasilkan beberapa buku termasuk Yang Pertama dan Yang Terakhir, Mahathir Disebalik Tabir, Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot dan Wira Tak DiDendang (The Unsung Heroes).

 

IMG 7075

ISBN 978-967-0876-41-2

Kata-kata Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar Datuk Wan Adnan Mohamad kepada saya bahawa "menyedari kelemahan diri merupakan suatu kekuatan" ialah kebenaran yang saya saksikan pada kehidupan saya sendiri apabila mencapai kejayaan melampaui cita-cita dan idaman saya menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu dan kemudian menyandang jawatan Menteri Penerangan. Saya selalu sedar dan insaf bahawa saya tidak akan mencapai kedudukan yang tertinggi dalam dunia kewartawanan di Utusan Melayu jika tidak mendapat kepercayaan daripada semua ketua-ketua saya, Mazlan Nordin, Said Zahari, Zainal Abidin Alias(Zabha), Melan Abdullah, Othman Wok, Osman Abadi dan Rosedin Yaacob. Selagi hayat dikandung badan mereka tidak dilupakan.

 

ALLAHYARHAM TAN SRI DATUK DR. MOHAMED JINS SAMSUDIN

 

karyawan jins

Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Mohamed Jins Samsudin dilantik sebagai Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia pada 1 Januari 2011. Beliau merupakan pelakon, penggiat seni, pengarah filem serta Senator yang gigih menyumbang usaha dan tenaga dalam pembangunan industri filem Melayu pada suatu masa dahulu. Beliau mula aktif dalam bidang seni semenjak tahun 1956 dan terlibat sebagai pelakon, penerbit dan pengarah untuk 44 buah filem. Atas usahanya beliau telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara.

 

 

 

 

 

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM