Mengenai IPDM

Menurut surat Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 19 Ogos 2003, Kabinet telah meluluskan Penubuhan Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) dan ditempatkan di Universiti Utara Malaysia. Kelulusan penubuhan IPDM ini adalah berdasarkan syor yang telah dicetuskan oleh perwakilan UMNO di dalam Perhimpunan Agong UMNO yang ke-54 pada 19 Jun 2003.

Objektif

  • Menjadi pusat penyelidikan, pembelajaran dan latihan di peringkat pasca siswazah (post graduate studies) tentang pemikiran, wacana, kepimpinan dan  dasar negara;
  • Menjadi pusat perundingan, pengumpulan, dan rujukan utama tentang pemikiran, wacana, kepimpinan dan dasar-dasar negara;
  • Menjadi pusat latihan kepimpinan, pemikiran dan pembinaan negara bangsa;
  • Meneliti dan menterjemah pemikiran, wacana, kepimpinan dan dasar negara ke dalam program atau aktiviti akademik/profesional yang boleh digunakan oleh generasi kini dan masa depan, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
  • Menggubal dan melaksanakan dasar-dasar yang berkaitan dengan ketahanan nasional; dan
  • Mengkomersialkan aktiviti-aktiviti IPDM untuk menjana pendapatan kepada Universiti.

Visi

Menjadi pusat rujukan utama pemikiran Perdana Menteri-Perdana Menteri dan tokoh-tokoh negara.

Misi

Untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam dasar dan kepimpinan.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM