Aluan Pengarah

Pengarah IPDM

 

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Segala puji hanya bagi Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad pembawa rahmat ke seluruh alam. Bagi pihak Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) UUM, kami amat berbesar hati mengalukan seluruh pengunjung untuk melayari laman web IPDM.

Laman web ini merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk berkongsi maklumat berkenaan misi, visi, objektif, fungsi dan struktur organisasi serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM).

Institut ini merupakan pusat penyelidikan, pembelajaran dan latihan peringkat pasca siswazah (post graduate studies) tentang pemikiran, wacana, kepimpinan dan dasar-dasar negara, serta menjadi pusat perundingan, pengumpulan dan rujukan utama tentang pemikiran, wacana, kepimpinan dan dasar-dasar negara. Di samping itu juga menjadi pusat latihan kepimpinan, pemikiran dan pembinaan negara bangsa.

Saya harap laman web ini akan dapat memberi input dan panduan komprehensif pada mereka yang melayarinya. Semoga ia dapat menjadi salah satu cabang perantara antara Institut ini dengan masyarakat luar dan staf universiti sendiri di samping menjadi medium terbaik dalam menyalurkan maklumat yang berkesan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami.

Saya turut mengalu-alukan maklumbalas daripada semua pihak bagi meningkatkan kualiti dan informasi dalam laman web Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad Selamat melayari laman web ini.

Sekian, terima kasih. Wabillahittaufik walhidayah, Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabaratuh.

 

PPjR Dr. Haji Ahmad Zaharuddin Sani Bin Ahmad Sabri.

Pengarah

Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Universiti Utara Malaysia

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM