Program Sumbangan Kelengkapan Sekolah

Posted in Galeri

Program Sumbangan Kelengkapan Sekolah "Ceriakan Anak-anak kecil "

Tempat:Dewan Pusat Khidmat Komuniti, Pekan Changlun.

      :Kampung Seberang Jaya, Kuala Sala, Yan.

Tarikh: 28 Disember 2016

IPDM Online: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM), telah bersama-sama NGO dari Kuala Lumpur dalam menyampaikan sumbangan kelengkapan sekolah "Ceriakan Anak-Anak Kecil" pada 28 Disember 2016. Sumbangan diberikan kepada 100 orang anak-anak kecil terpilih di sekitar Negeri Kedah. Sebanyak 50 sumbangan telah disampaikan kepada anak-anak di kawasan Changlun yang diadakan di Dewan Pusat Khidmat Komuniti, Pekan Changlun oleh Datin Maziah Hashim, isteri kepada YB Dato' Wira Mohd Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu, dan turut dihadiri oleh Encik Zainal Abidin Mohamad, Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Kubang Pasu. Selebihnya 50 sumbangan lagi diberikan kepada anak-anak yang terpilih di Kampung Seberang Jaya, Kuala Sala. IPDM berharap bantuan ini dapat membantu meringankan beban keluarga mereka.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM