Majlis Penyampaian Watikah Ahli Jawatankuasa

Posted in Galeri

Majlis Penyampaian Watikah Ahli Jawatankuasa 

Hari: Isnin

Tarikh: 6 Februari 2017

Tempat: Bilik Mersawa, EDC Hotels & Resorts

IPDM ONLINE: Menginjak usia 14 tahun penubuhannya, Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM) UUM disarankan untuk terus memberi fokus dalam bidang kepimpinan dan polisi.

Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, sejak ditubuhkan IPDM turut melalui fasa mencabar apabila berhadapan dengan situasi sukar berikutan jenama yang dibawanya.

"Bagaimanapun, dalam usia IPDM yang sudah matang itu, institut tersebut kini sudah boleh mencapai banyak perkara yang digariskan sejak ia ditubuhkan dengan memberi fokus kepada bidang kepimpinan dan polisi, selain latihan dan pembangunan serta memperkasakan program-program serta penyelidikan yang dijalankan.

"Kita mempunyai Ahli Majlis IPDM yang berwibawa dan diyakini dapat menentukan hala tuju institut dalam melaksanakan agenda yang dirancang dan memberi petunjuk serta nasihat pengurusan kepada IPDM tentang perkara yang perlu diberikan keutamaan," katanya selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis IPDM di EDC Hotels & Resorts, tengah hari tadi.

Selain itu, menurut beliau lagi, IPDM juga perlu perbanyakkan kajian tentang negara luar seperti Indonesia, Singapura atau Thailand, malah boleh menawarkan geran penyelidikan kepada pelajar pasca siswazah untuk menghasilkan kajian mereka dalam bidang polisi dan kepimpinan.

Naib Canselor berkata, beliau berharap IPDM mempunyai fokus yang lebih jelas untuk terus bergerak dan Ahli Majlis yang dilantik dapat memainkan peranan penting dengan memberi petunjuk atau pandangan pengurusan kepada IPDM tentang agenda yang perlu diberikan keutamaan.

Seramai 12 Ahli Majlis IPDM baharu yang dipengerusikan Naib Canselor telah dilantik bagi tempoh dua tahun mulai 2017 hingga 2018 iaitu Tan Sri Dato’ Seri Utama Ismail Omar, Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd; Dato' Dr Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysian Press Institute (MPI); Prof Dato’ Dr Ahmad Murad Mohd Noor Merican, Pensyarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa, USM; Prof Dr Abdul Azed, Pembina Utama, Fakultas Hukum, Universitas Indonesia; Prof Dr Hasan Ali, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) UUM; Prof Dr Noor Azizi Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UUM; Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul Karim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UUM; Prof Dr Sivamurugan Pandian, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM; Prof Dr Mohd Kamarunizam Abdullah, Dekan Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG); Prof Dr Haim Hilman Abdullah, Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) dan PPjR. Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, Pengarah IPDM.

 

 

Lawatan Universitas Islam Attahiriyah (UNIAT)

Posted in Galeri

Program Lawatan Universitas Islam Attahiriyah (UNIAT)

Tempat: Sekitar kampus UUM dan IPDM

Tarikh: 04 Januari 2017

IPDM Online: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) telah menerima kunjungan delegasi dari Universitas Islam Attahiriyah (UNIAT) yang diketuai oleh Wakil Rektor Akademik, Prof. Ikhwan.

Kedatangan delegasi tersebut disambut oleh Pengarah IPDM UUM, PPjR. Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri. Kunjungan pertama kali ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama antara UNIAT dan IPDM terutama dalam aspek penyelidikan dan penerbitan jurnal.

Prof. Ikhwan berkata, mereka sangat gembira dan bertuah kerana UUM telah menerima kedatangan mereka. Tambahnya lagi, memandangkan UUM merupakan antara Universiti terbaik dunia, pihak UNIAT amat berharap dapat menghantar pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat PhD atau Doktor Falsafah di UUM.

Seramai 15 orang pensyarah dan staf UNIAT telah mengikuti lawatan ini. Delegasi turut dibawa melawat Anjung Tamu UUM dan lawatan sekitar kampus.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM