Artikel

MAHASISWA UPSI BERKONGSI FIKIRAN DENGAN IPDM

UUM SINTOK, 29 NOV 2018:  Seramai 47 mahasiswa Universiti Pergurusan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim mengadakan lawatan sambil bertukar-tukar fikiran dengan Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir, di sini semalam.

Kumpulan mahasiswa berkenaan ke IPDM bertujuan memenuhi keperluan kursus Aliran Pemikiran Politik Di Malaysia (HNP 3038) yang menggalakkan pembelajaran secara experience learning

Pensyarah kursus berkenaan, Dr Siti Noranizahhafizah Boyman. berkata pelajarnya ingin mengetahui cara berfikir dan bagaimana pemimpin negara merangka dasar-dasar negara.

"Saya yakin lawatan ke IPDM ini dapat berkongsi pengalaman bagaimana institusi ini mengkaji Perdana Menteri dan dasar-dasarnya agar para mahasiswa dapat memahami secara lebih terperinci.

"Kursus kami sangat berkaitan dengan usaha yang dilaksanakan IPDM selama ini dan banyak maklumat baru untuk menjadi panduan mereka menempuh kehidupan dan berhadapan dengan dasar yang dirangka pemimpin politik dalam negara ini," katanya.

end.