Artikel

SANTAI YB BERSAMA IPDM - SIRI : 07

Exco kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin menjayakan program  Santai YB Bersama IPDM yang berlangsung di Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), UUM, baru-baru ini.

Bicara santai ini dihoskan oleh Pengarah IPDM, Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri yang membincangkan tentang senario semasa politik tanah air   yang melibatkan Parti Keadilan Rakyat dan Angkatan Muda Keadilan dari kaca mata Dr. Afif.

“Dalam menguruskan pentadbiran, kita harus kembali kepada asas organisasi seperti disiplin, program yang dibentuk dan melantik kepimpinan anak muda yang memerlukan asas yang kuat untuk bergerak ke satu tahap yang lebih baik.

“Kita perlu bergerak ke hadapan, bagaimana parti harus berkembang dan untuk maju kita kena bincang apa yang kita perlu buat,” ujar Dr.Afif yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.