Artikel

33 ANGGOTA BRIGED RELASIS UUM BAKAL TERIMA TAULIAH

image002

Seramai 33 orang anggota Briged RELASIS UUM bakal ditauliahkan sempena Majlis Pentauliahan Pangkat Briged RELASIS Malaysia yang akan berlangsung di Akademi Latihan RELA Malaysia (ALARM), Sg. Udang, Melaka pada 22 September ini.

Justeru sebagai persediaan untuk ke majlis pentauliahan itu, satu Sesi taklimat dan asas kawad Briged RELASIS UUM telah diadakan di parkir Pusat Ekuin UUM, baru-baru ini

PPjR Dr. Haji Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri selaku Timb. Komandan 1 RELASIS UUM telah memberi kata-kata semangat dengan menyeru semua anggota yang bakal ditauliahkan agar sentiasa bersemangat waja dan meneruskan sifat dan konsep kesukarelaan yang telah dipelajari sepanjang tempoh latihan serta dapat menterjemahkannya melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan setelah bergraduasi nanti.

‘Semoga dengan pentauliahan ini dapat meningkatkan lagi kecemerlangan dalam mendidik para pelajar untuk menjadi insan yang holistik dan berdaya saing di masa depan,” ujarnya.

Turut hadir pada sesi ini ialah TPgR Mohd Fairus Abd Majid, TPgR Mohd Aizul Firdaus Musa selaku adjutan, Tn. Abdul Muhaimin Zenol selaku Pegawai Penyelaras Briged RELASIS UUM dan 2 orang anggota rela pentadbiran (ARP)