PENGARAH IPDM KONGSI PENGALAMAN DI SISTECH 2018

Posted in Uncategorised

PENGARAH IPDM KONGSI PENGALAMAN DI SISTECH 2018

page4

Malaysia Technical Scientist Association (MALTESAS), baru-baru ini telah menganjurkan seminar “2018 Symposium on Islamic Sciences and Technology (SISTECH 2018)” bertempat di Kuala Lumpur. 

Penganjuran seminar antarabangsa yang memfokuskan kepada pembangunan Teknologi dan Sains Islamik ini, bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pensyarah, penyelidik, golongan profesional dan mahasiswa seluruh dunia dalam bidang berkaitan untuk berkongsi pandangan antara satu sama lain.

Dalam penganjuran seminar ini, Pengarah IPDM UUM, PPjR. Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri telah dijemput sebagai penceramah utama (keynote speaker), yang menyampaikan tajuk “Water And Religion: Islamism’s and Malaysia Perception”

Dr. Zaharuddin dalam kenyataan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak MALTESAS yang telah berjaya menganjurkan seminar tersebut.

“Penganjuran seminar ini adalah bagi menyediakan platform kepada para akademik yang berminat bagi mengkaji dan menyelidik bidang Teknologi dan Sains Islamik. SISTECH 2018 adalah dilihat sebagai satu ruang kepada penyelidik dan pengamal industri untuk berkongsi pandangan, keputusan penyelidikan dan pengalaman pembangunan praktikal dari sudut pandangan masing-masing”, katanya semasa ditemu bual.

Dalam pada itu, peserta turut mendengar ucaptama dari beberapa penceramah undangan dari dalam dan luar negara. 

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM