IPDM RANGKUL EMAS DALAM PERTANDINGAN EUREKA 2017

Posted in Uncategorised

 

IPDM ONLINE: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) telah berjaya memenangi Emas bagi Kategori Electricity & Electronic, I.C.T, Multimedia and Telecommunications di International Eureka Innovation Exhibition 2017 yang berlangsung di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute Kulim Hi-Tech Park baru-baru ini.
 
Pasukan IPDM yang diterajui oleh Pengarah IPDM, PPjR. Dr Hj Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, dibantu oleh En. Izad Mohd Faridz Morad dan Cik Nur Syafiqah Huda Mohammad Rashidi telah menghasilkan sistem "Lead to Lead Recommender : A Leadership Identification System (L2L)".
 
Aplikasi dan sistem yang dibangunkan adalah sebagai satu inovasi yang boleh digunakan oleh organisasi dalam meneliti pengambilan staf baru yang memfokuskan kepada penilaian kepimpinan.
 
Menurut Dr Hj Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri , kecekapan sistem ini adalah merupakan satu kaedah untuk mengenal pasti personaliti pemimpin dalam organisasi selain memudahkan organisasi untuk membuat pemilihan staf yang tepat. 
“Sistem ini dicipta bagi meningkatkan kualiti pengambilan staf, sekaligus setiap individu akan berpuas hati dengan kecekapan dan tahap efisien sistem yang dibina.  Setelah ini, pihak IPDM akan mengembangkan lagi potensi sistem ini” katanya.
 
Pameran Eureka 2017 merupakan satu platform yang mengetengahkan produk-produk inovasi dan reka cipta yang dihasilkan oleh para akademik dan bukan akademik, dan pelajar Malaysia dan Luar Negara bagi kategori Institusi Pengajian Tinggi Awam.  Selain itu, pameran ini dapat dijadikan sebagai satu landasan kepada kumpulan penyelidik akademik mahupun bukan akademik dalam mengkomersilkan produk inovasi dan kreativiti.
image005

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM