BERITA RINGKAS: IPDM ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ITBM

Posted in Akhbar & Berita

ITBM1

IPDM Online: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) pada 2 Jun 2014. Kunjungan yang diketuai oleh Dr. Haji Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri disambut oleh Pengarah Urusan ITBM, En. Mohd Khair Ngadiron. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara IPDM dan ITBM, selain membincangkan projek-projek penerbitan bersama sedia ada dan juga projek yang akan datang. Turut sama dalam perbincangan ini ialah En. Sakri Abdullah, Ketua Jabatan Penerbitan ITBM, En. Rozlan Mohamed Noor, Penyelaras Jabatan Buku Malaysia ITBM dan E. Muhamed Nor Azman Nordin, Pegawai Penyelidik Sosial, IPDM.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM