BERITA RINGKAS : IPDM ANJUR KURSUS SETIA NEGARA

Posted in Akhbar & Berita

 Kursus Setia Negara2

 
IPDM ONLINE : Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menganjurkan Kursus Setia Negara bertempat di Park Avenue Hotel, Sungai Petani, Kedah pada 19 hingga 22 Mei 2014. Kursus selama empat hari ini dikendalikan oleh Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, Timbalan Pengarah IPDM.
 
Kursus Setia Negara ini bertujuan menyediakan platform bagi percambahan idea dan perkongsian pengetahuan tentang isu-isu berkaitan dengan patriotisme dan pembinaan negara bangsa yang semakin mencabar pada masa kini. Pada masa yang sama bertujuan untuk menerapkan semangat cintakan negara.
 
Cetusan idea YBhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz, Pengarah IPDM berkaitan kursus ini sebenarnya telah dibentangkan semasa kunjungan hormat IPDM ke ILKM dalam tahun 2013 di hadapan Pn. Norhuda Abdul Razak, Pengarah ILKM. Kursus sesi pertama ini dihadiri oleh 32 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai MARA seluruh Malaysia.
 
Turut sama dalam kursus ini ialah oleh Cik Rozira Abu, Cik Nor Hafida Hamzah dan Cik Aina Zawani Ahmad Fuad selaku fasilitator.
 
HABIS.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM