IPDM Bentang Hasil Kajian Patriotisme Di Kalangan Belia Perak

Posted in Akhbar & Berita

idr-hasil-kajian

 

IPDM ONLINE: Pasukan penyelidik Institut PemikiranTun Dr. Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia telah membentang hasil penyelidikan bertajuk “Patriotisme di kalanganBelia Perak” dalam Perbincangan Meja Bulat di Kinta Riverfront Hotel, Ipoh pada 3 Mac 2014. Seramai 40 orang peserta mengambil bahagian dalam perbincangan ini.
 
Pasukan penyelidik IPDM yang diketuai oleh Dr. Haji Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri telah membentangkan hasil kajian tersebut di hadapan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak iaitu Yang Berhormat Datuk Shahrul Zaman Datuk Yahya. Hadir sama dalam sesi pembentangan tersebut Ketua Pegawai Eksekutif Institut DarulRidzuan,
Dr. Mazalan bin Khamis, Ketua Penyelidik dan Penerbitan IDR, Dr. Asae Sayaka, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Encik Mohd Azhari Mohammad, Ketua Pegawai Eksekutif KPerak, En. Mohd Nazaruddin Mohd Yusoff dan Presiden Majlis Belia Negeri Perak, En Hasnul Fairus Hushin.
 
YB Datuk Shahrul Zaman berharap agar kajian-kajian yang melibatkan belia harus dilaksanakan dari semasa ke semasa memandangkan tahap pemikiran dan cita rasa belia pada hari ini yang sukar dijangka.Melalui kajian-kajian seperti ini juga diharapakan dapat membantu kerajaan mengenalpasti kumpulan sasar bagi tujuan pembangunan belia yang lebih berkesan.
 
Kajian Patriotisme di kalangan Belia Negeri Perak ini dijalankan hasil dana yang diperoleh dari Geran Penyelidikan Amanjaya 2013, Institut DarulRidzuan. Ahli penyelidiklain yang turut sertaialah Profesor Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling, En. Shahidan Shafie dan En. Muhamed Nor Azman Nordin.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM