Pengarah IPDM dalam program sejarah lisan bersama Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi

Posted in Akhbar & Berita

Pengarah  Abdullah Badawi

 
IPDM Online: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia dan Arkib Negara Malaysia telah mengadakan Program Sejarah Lisan bersama Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi bertempat di kediaman YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini (10 Mac 2014).
Program ini bertujuan untuk merakamkan semua maklumat dan pengalaman beliau dalam pelbagai aspek seterusnya membukukan sejarah Tun Abdullah Ahmad Badawi. Selain itu, program ini juga diharap akan dijadikan bahan rujukan dan kajian para penyelidik.
Selain Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz, turut sama menjayakan program sejarah lisan ini ialah Pemangku Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Haji Azemi Abdul Aziz, Pengarah memorial Tunku Abdul Rahman, En. Ikhsan Haji Hasan serta Penolong Pendaftar Kanan IPDM, En. Shahidan Shafie.
Sebelum ini juga IPDM dan Arkib Negara Malaysia telah bekerjasama menjayakan projek Sejarah Lisan bersama Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd. Ali yang bermula pada tahun 2007 dan tamat pada tahun 2010, melibatkan enam siri wawancara.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM