Pasukan penyelidik IPDM bentang proposal kajian di hadapan wakil Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP)

Posted in Akhbar & Berita

IMG-20140320-001551

 

IPDM Online, 20 Mac 2014: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia hari ini membentangkan proposal kajian bertajuk "Punca Kesalahan Salah Laku Rasuah/Tatatertib: Terhakisnya Amalan Intergriti di kalangan Pegawai dan Agensi Penguatkuasaan serta Langkah Penambahbaikkan". Pasukan penyelidik IPDM diketuai oleh Timbalan Pengarah IPDM, Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dan dianggotai oleh Profesor Dato' Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling, Profesor Dr. Zurni Omar, Profesor Dr. Kalsom Kayat, Profesor Madya Dr. Sharipah Soad Syed Yahaya, Profesor Madya Dr. Bidin Yatim, dan Dr. Azizah Ahmad. Manakala panel Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan diwakili oleh Pengarah Bahagian Dasar, Penyelidikan dan Inovasi, Puan Foo Hui Yi, Muhammad Syameel bin Yahya, dan Mohd Fared bin M. Nazri . Pembentangan diadakan di Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Utara Malaysia. Hadir sama pada sesi pembentangan tersebut, Profesor Madya Dr. Anggapan a/l Regupati, Timbalan Pengarah (Penyelidikan), Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Utara Malays
      

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM