BERITA RINGKAS : TEMU RAMAH UNTUK VIDEO DOKUMENTARI TOKOH NEGARAWAN

Posted in Akhbar & Berita

Interview Negarawan- Dato ARA

 
IPDM ONLINE : Sesi temu ramah dan penggambaran untuk video Dokumentari Tokoh Negarawan telah diadakan pada 16 April 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat IPDM.Sesi temu ramah ini melibatkan Pengarah IPDM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Abdul Aziz serta Prof. UUMCOLGIS, YBhg. Prof. Datuk Dr. Zainal bin Kling.
Sesi temu ramah ini adalah untuk menghasilkan Dokumentari Tokoh Negarawan. Antara tokoh terlibat adalah Tun Dr Ismail, Tun Tan Cheng Lock, Tun VT Sambanthan, Tun Datu Mustapha, Tun Mohd Fuad Stephen, Tun Temenggung Jugah dan Tun Dr. Lim Chong Eu. Hasil Dokumentari Tokoh Negarawan ini juga akan dipamerkan di pameran Memorial Negarawan Kuala Lumpur dan ianya juga akan disimpan kekal bagi tujuan penyelidikan oleh generasi akan datang. 
 
Sesi temu ramah ini menyentuh tentang riwayat hidup, pendidikan, penglibatan serta sumbangan dalam kerjaya dan politik dan penganugerahan yang telah diterima.
 
HABIS.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM