Berita Ringkas : Rountable discussion di antara Mubarak Kedah dan IPDM

Posted in Akhbar & Berita

Persidangan Mubarak 1

 

IPDM ONLINE : Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Negeri Kedah dan Perlis dengan kerjasama Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM) telah mengadakan Roundtable Discussion (RTD) bagi membincangkan kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat khasnya golongan yang berpendapatan rendah seperti petani dan nelayan pada 27 – 28 April 2014 bertempat di EDC Hotel UUM.
 
Hasil dari RTD ini juga akan dibahaskan dalam Mesyuarat Agung MUBARAK Kebangsaan yang dijangkakan pada 30 Mei 2014 ini sebelum dipanjangkan kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
 
Wakil dari MUBARAK terdiri daripada YBhg. Dato’ Hj. Abdul Razak bin Hashim, Timbalan Yang Dipertua MUBARAK Kedah, YBhg. Dato’ Hj. Mohd Hadzir bin Ismail, Setiausaha MUBARAK Kedah, YBhg. Dato’ Hj. Ismail bin Arshad, Naib Yang Dipertua 1 MUBARAK Kedah, YBhg. Dato’ Bakri bin Hj. Ali Mohamad, Bendahari MUBARAK Kedah, YBhg. Dato’ Ariffin bin Man, Ketua Penerangan MUBARAK Kedah, YBhg. Dato’ Hashim bin Jahaya, AJK MUBARAK Kedah dan dua (2) orang wakil dari MUBARAK Perlis iaitu YBhg. Dato’ Bahari bin Hj. Taib serta YBhg. Dato’ Abdul Azib bin Saad.
Manakala UUM pula terdiri daripada YBhg. Prof Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Abdul Aziz, Pengarah IPDM, Dr. Haji Ahmad Zaharuddin Sani bin Ahmad Sabri, Timbalan Pengarah IPDM serta empat (4) orang profesor/pensyarah UUM COLGIS iaitu YBhg. Prof. Datuk Dr. Zainal bin Kling, Prof. Madya Abdul Rahim bin Anuar, Prof. Madya Shafee bin Saad, Encik Subri bin Hasim, seorang (1) profesor dari Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business iaitu YBrs. Prof. Dr. Mohd Zaini bin Abd Karim dan seorang (1) pensyarah dari UUM COB iaitu Encik Rohami Bin Shafie.
IPDM merakamkan jutaan terima kasih kepada semua wakil dari MUBARAK Kedah dan Perlis serta kepada semua profesor/pensyarah UUM yang hadir kerana telah memberi komitmen yang tinggi sepanjang RTD ini berlangsung.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM