IPDM TERIMA KUNJUNGAN DARIPADA INSTITUT KAJIAN STRATEGIK, KEPIMPINAN DAN KOMUNITI, UniMAP

Posted in Akhbar & Berita

IPDM TERIMAa KUNJUNGAN DARIPADA INSTITUT KAJIAN STRATEGIK KEPIMPINAN DAN KOMUNITI UniMAP

IPDM Online  : Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) telah menerima kunjungan daripada tiga ( 3 ) orang kakitangan Institut Kajian Strategik, Kepimpinan dan Komuniti (IKSK), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 29 Februari 2016.Kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan silaturahim antara IPDM, UUM dan IKSK, UniMAP yang telah lama terjalin sejak 2012. Agenda yang dibincangkan melibatkan penyelidikan, penerbitan serta penganjuran aktiviti  yang dapat dijalankan secara bersama memandangkan IPDM dan IKSK menelusuri bidang tujahan yang sama iaitu Kepimpinan.

Pengarah IPDM, Yang Berusaha PPjR Dr. Haji Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri juga mengharapkan agar IPDM dan IKSK dapat meneruskan program secara bersama dan berterusan. IPDM juga sedia membantu menyediakan kepakaran yang diperlukan oleh pihak IKSK.

HABIS.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM