IPDM TERIMA DUA PELAJAR PRAKTIKUM DARI UNIVERSITAS KOMPUTER (UNIKOM), BANDUNG.

Posted in Akhbar & Berita

Praktikal Unikom  UUM

IPDM Online : Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) menerima dua (2) orang pelajar daripada Universitas Komputer (UNIKOM), Bandung, Indonesia iaitu Irmayanthi Chaerul Basyri dan Agis Assydiq menjalani Latihan Industri (LI) di IPDM selama sebulan bermula dari 24 Februari 2016 hingga 20 Mac 2016 dan seorang pelajar praktikum iaitu Nur Ain Hamzah yang belajar dalam jurusan Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia UUM COB.

Pengarah IPDM, Yang Berbahagia Haji Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, penerimaan pelajar-pelajar daripada universiti dalaman mahupun universiti luar Negara bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dua hala antara IPDM dan juga Universiti Luar tersebut tetapi pelajar-pelajar tersebut juga dapat mempelajari ilmu-ilmu baru berkaitan hal ehwal pentadbiran dan juga pengurusan di UUM terutamanya di IPDM.
Walaupun hanya dalam tempoh yang singkat di sini diharapkan mereka dapat menimba sebanyak mungkin ilmu yang ada di IPDM dan UUM untuk di bawa pulang dan boleh digunapakai semasa di alam pekerjaan nanti.

Seluruh keluarga IPDM mengucapkan selamat datang kepada ketiga-tiga orang pelajar ini.

Sekian.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM