IPDM terima kunjungan dari Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP).

Posted in Akhbar & Berita

Kunjungan Yayasan Kepimpinan Perdana YPK

IPDM ONLINE : Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) telah menerima kunjungan daripada Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di ketuai oleh Pengurus Besar, Pn. Zarina Abu Bakar bersama 6 orang staf Bahagian Perpustakaan YKP pada 15 Februari 2016.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan silaturahim antara YKP dan UUM yang pernah menandatangani MoU bersama pada 27 April 2005. Antara lainnya lawatan ini ialah untuk bertukar pandangan dan pemikiran berkaitan program yang boleh dilakukan bersama guna untuk saling membantu mencapai visi dan objektif IPDM dan YKP.

Pengarah IPDM, Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dalam ucapan aluan beliau mengharap agar YKP dan IPDM dapat menjalankan program secara bersama dan berterusan serta sedia membantu menyediakan kepakaran yang diperlukan oleh pihak Yayasan.

Mereka juga telah dibawa mengunjungi Welcome Centre, Perpustakaan Sultanah Bahiyah dan mengelilingi UUM bagi melihat kecantikan dan menikmati kehijauan yang kita miliki.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM