IPDM telah berjaya memenangi Anugerah Kecemerlangan UUM kategori Pusat/Institut Kecemerlangan (COE) 2014/2015

Posted in Akhbar & Berita

Staf IPDM

 

IPDM Online: Pada 27 Januari 2016, Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia telah dinobatkan sebagai Johan untuk Anugerah Kecemerlangan UUM kategori Pusat/Institut Kecemerlangan (COE) bagi tahun 2014/2015.

Pengarah IPDM, Dr. Hj. Ahmad Zaharudin Sani Ahmad Sabri berkata pengiktirafan tersebut adalah hasil kerja keras semua staf sehingga Institut ini berada di tahap seperti sekarang.

Anugerah tersebut sampaikan oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak di Dewan Muadzam Shah semasa majlis Amanat Naib Canselor 2016 yang turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan universiti dan staf UUM.

 

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM