KUNJUNGAN HORMAT INSTITUT PEMIKIRAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD KE PEJABAT EXCO KERAJAAN NEGERI PERLIS

Posted in Akhbar & Berita

IKS

IPDM Online: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Exco Kerajaan Negeri Perlis pada 15 Oktober 2015. Kunjungan hormat yang diketuai oleh Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani bin Ahmad Sabri ini bertujuan untuk membincangkan konsep kerjasama yang boleh dijalinkan oleh kedua-dua pihak, khususnya dalam bidang penyelidikan dan serta penganjuran Seminar Ketahanan Nasional pada tahun hadapan. Kunjungan hormat IPDM ini disambut oleh YB Tuan Ahmad Bakri @ Ahmad Zakri bin Dato’ Ali, (SMP., KMN., SSP.), Exco Pertanian Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Bioteknologi & Teknologi Hijau dan Pembangunan Usahawan dan Industri Kecil & Sederhana. 

Pertemuan lebih satu jam ini bagi membincangkan beberapa agenda penting antaranya berhubung kerjasama dalam memperkasakan pembangunan modal insan terhadap kakitangan kerajaan Negeri Perlis serta menjalankan penyelidikan dalam bidang pelancongan berasaskan pendidikan, penyelidikan ini dilihat boleh dilakukan terhadap mangga harumanis dengan memperkenalkannya melalui konsep digital yang lebih mesra pengguna. Ia juga boleh diaplikasikan kepada pengguna Android untuk membolehkan ianya diakses oleh semua golongan dan di mana jua bagi mendapatkan maklumat. Projek ini sekali gus dapat menjana pendapatan dan meningkatkan pelancongan agro ini.

Mengakhiri perbincangan IPDM juga berhasrat untuk bekerjasama dengan kerajaan Perlis dan Thailand untuk penganjuran Seminar Ketahanan Nasional pada tahun hadapan di Negeri Perlis.

Sekian.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM