Tarian Sewang merupakan sebuah tarian yang begitu sinonim dengan masyarakat orang asli di Malaysia

Posted in Akhbar & Berita

Tarian Sewang

IPDM ONLINE: Tarian Sewang merupakan sebuah tarian yang begitu sinonim dengan masyarakat orang asli di Malaysia. Baru baru ini pada 25 Ogos 2015, di malam terakhir “Kursus Kepimpinan Pengurusan Masyarakat Orang Asli Negeri Kelantan 2015: Pengurusan Homestay”, Tarian Sewang telah dipertontonkan oleh masyarakat orang asli dari suku Kaum Temiar dari Pos Hau, Gua Musang di EDC Hotel dengan penuh keasyikan. Buluh yang di ketuk kepada kayu panjang di lantai berbunyi indah bersama seiring dengan tarian yang ditarikan oleh anak muda lelaki dan perempuan mereka. Ketika itulah kesunyian malam di EDC Hotel telah di pecah dengan lunak merdu nyanyian oleh penyanyi kumpulan ini. Walaupun lirik yang dinyanyikan tidak difahami, tetapi rata-rata penonton yang hadir terpukau. Itulah yang dikatakan “Muzik adalah Bahasa Antarabangsa”. Muzik juga merentasi dan menghubungkan adat budaya dan bangsa sesiapa sahaja.

 

Penonton yang hadir diberi peluang untuk menari bersama mereka dengan bertemankan penari mereka yang siap dengan pakaian tradisional masyarakat kaum asli Temiar. Bagi En. Saiful Rizzal Rahim dari Kuala Lumpur, seorang penonton yang kebetulan menginap di EDC berkata ”kalau nak tengok tarian ini, kita kena masuk ke dalam hutan, iaitu di Pos mereka, atau dalam majlis keramaian, baru kita di persembahkan tarian ini tapi hari ini kita dapat tengok “live”. Tak perlu masuk hutan”.

 

Persembahan Tarian Sewang ini tamat pada jam 11.00 malam.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM