IPDM TERIMA KUNJUNGAN DARI PERDANA GLOBAL PEACE FOUNDATION (PGPF) DAN UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH YOGYAKARTA, INDONESIA

Posted in Akhbar & Berita

sdsdsd
IPDM Online: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM), telah menerima kunjungan seramai 6 orang wakil dari Perdana Global Peace Foundation (PGPF) dan Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY), Indonesia pada 30 Julai yang lalu diketuai oleh Datuk Ahmad A. Talib dari PGPF dan juga Dr. Indira Prabasari dari UMY. Antara yang menjadi agenda dalam perbincangan ini ialah berkaitan penganjuran seminar, penyelidikan serta kerjasama yang boleh dijalankan antara ketiga-ketiga pihak.


Perbincangan ini juga membolehkan penganjuran seminar/persidangan peringkat antarabangsa serta penyelidikan bersama antara UUM dan UMY, program pertukaran yang melibatkan pelajar dan kakitangan akademik serta bagi membina jaringan bagi merealisasikan saranan kerajaan untuk memperluaskan pengantarabangsaan di kalangan staf dan pelajar universiti yang sejajar dengan perancangan strategi ke-3 UUM.

Mengakhiri lawatan delegasi PGPF dan juga UMY dibawa melawat ke Anjung Tamu, UUM.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM