IPDM RAIKAN PELAJAR USIM

Posted in Akhbar & Berita

Usim

IPDM Online: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) telah menerima lawatan daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) seramai 33 orang pelajar beserta seorang pegawai pengiring pada Ahad 24 Mei 2015 lalu. Pelajar pelajar dari Persatuan Mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (PMFKP) ini diiringi oleh En. Sharrazmi b. Anas, Penolong Pendaftar USIM.

Dalam lawatan ini, IPDM telah menyediakan rung kepada pelajar-pelajar untuk berdiskusi mengenai kepimpinan holistik. Ahli panel dalam diskusi ini ialah Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz, Pengarah IPDM dan Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, Timbalan Pengarah IPDM. Mereka juga di beri taklimat mengenai empat bidang tujahan IPDM iaitu Ketahanan Nasional, Kedaulatan Negara, Pembinaan Negara Bangsa dan Kepimpinan.

Pelajar pelajar ini kemudianya dibawa melihat sekitar UUM, melawat Perpustakaan Sultanah Bahiyah dan juga Anjung Tamu UUM.

 

Habis.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM