LAWATAN IPDM KE NONG LAM UNIVERSITY, HO CHI MINH CITY, VIETNAM

Posted in Akhbar & Berita

Nong Lam University

IPDM Online:  Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM), telah memulakan langkah awal bagi meneroka peluang kerjasama dengan Universiti-Universiti di Ho Chi Minh City, Vietnam dengan mengadakan lawatan ke Nong Lam University, Ho Chi Minh City pada 21 Mei 2015 yang lalu.

Lawatan yang diketuai oleh Dr. Nurhaizal Azam Arif, Timbalan Dekan PPA Colgis bersama kakitangan IPDM ini telah di sambut oleh Dr. Duong Duy Dong, Timbalan Rektor, Dr. Nguyen Ngoc Thuy, Pengarah, Pejabat Kerjasama Antarabangsa dan Assoc. Prof. Dr. Nguyen Phu Hoa, Timbalan Pengarah, Pejabat Kerjasama Antarabangsa, Nong Lam University.

Antara yang menjadi agenda dalam perbincangan ini ialah berkaitan “joint seminar”, “research projects”,  “student mobility programme”,  dan kerjasama akademik dalam pengajian pasca siswazah.

Perbincangan ini juga  membolehkan penganjuran seminar/persidangan peringkat antarabangsa serta penyelidikan bersama antara UUM dan Nong Lam University, program pertukaran yang melibatkan pelajar dan kakitangan akademik serta bagi membina jaringan bagi merealisasikan saranan kerajaan untuk memperluaskan pengantarabangsaan di kalangan staf dan pelajar universiti yang sejajar dengan perancangan strategi ke-3 UUM.

Lawatan ke Nong Lam University ini merupakan  Universiti yang kedua yang bakal mempunyai kerjasama dengan IPDM selain National Institut of Education Management, di Hanoi, Vietnam.

HABIS.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM