IPDM ANJUR SEMINAR KEPIMPINAN PENGURUSAN KE-6,2015 DI HO CHI MINH CITY, VIETNAM

Posted in Akhbar & Berita

SEMINAR SKP 2015

IPDM Online:  Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Persatuan Badan-Badan Berkanun Malaysia (PBBM) telah mengadakan Seminar Kepimpinan Pengurusan ke-6, 2015 yang bertemakan “Managing Diversity” bertempat di Kingston Hotel, Ho Chi Minh City, Vietnam pada 17-20 Mei 2015. Seminar ini dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan dan badan-badan berkanun Malaysia. Seminar ini dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz, Pengarah IPDM.

Berucap di majlis perasmian, Prof. Dato’ Dr. Abdul Rahman menegaskan bahawa pengurusan kepelbagaian adalah satu proses yang bertujuan untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran kerja yang positif di mana persamaan dan perbezaan individu dinilai. “Diversity” atau kepelbagaian juga merupakan satu isu yang semakin penting dalam organisasi khususnya dalam era globalisasi yang menjadikan dunia semakin kecil dan meluaskan interaksi antara manusia. Beliau juga menegaskan seminar ini mampu menjadi platform untuk membincangkan isu “Managing Diversity” dalam kepelbagaian aspek pengurusan seperti Masyarakat, Pembangunan Negara Bangsa, Organisasi, Dunia Global dan Islam.

Prof. Dato’ Dr. Abdul Rahman juga menasihati para peserta agar kesempatan berseminar terutamanya di luar negara harus digunakan sepenuhnya dengan membawa pulang nilai-nilai yang boleh diguna-pakai sama ada diperoleh dari dalam bilik seminar mahupun di luar bilik seminar.

Selain itu, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz turut serta membentangkan kertas kerja bertajuk “Diversity in Society”. Pembentang lain yang terlibat adalah YBrs. Dr. Haji Ahmad Zaharuddin Sani bin Ahmad Sabri, Timbalan Pengarah IPDM bertajuk “Managing Diversity and Islam”, YBrs. Dr. Nurhaizal Azam Arif, Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar dan Alumni), UUMCOLGIS bertajuk “Managing Diversity in Organisation manakala kertas kerja bertajuk “Managing Diversity in Globalised World di bentang oleh Assoc. Prof. Dr. Le Phuoc Minh, Timbalan Rektor, National Institute of Education Management (NIEM), Hanoi, Vietnam. Turut hadir mewakili pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City ialah Mr. Nguyen Vinh Trung.

HABIS.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM