IPDM MENANG PINGAT PERAK DI “INNOVATION, INVENTION AND DESIGN EXPOSITION 2015” (IIDEX 2015)

Posted in Akhbar & Berita

IIDEX 2015

IPDM Online: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia melalui projek yang bertajuk “Android/iOS Application for Malay Kedah Traditional House” telah berjaya memenangi pingat perak dalam Innovation, Invention And Design Exposition 2015 (IIDEX 2015) anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor pada 27-30 April 2015.

Projek yang diketuai oleh Dr. Haji Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri ini bertujuan untuk mengetengahkan informasi yang menyeluruh mengenai Rumah Tradisional Kedah melalui aplikasi android mengikut peredaran semasa. Projek ini turut disertai oleh Dr. Roziya Abu dan Cik Syahrini Shawalludin dari UiTM Merbok serta Encik Budiman Sobri dan Encik Muhamed Nor Azman Nordin dari IPDM.

Bagi Dr. Haji Ahmad Zaharuddin, ini adalah anugerah kedua yang dimenangi oleh IPDM pada tahun ini. Beliau berharap kemenangan ini akan menjadi pembakar semangat untuk IPDM untuk terus melangkah ke hadapan dalam menghasilkan kajian-kajian yang berimpak tinggi, lantas membantu merealisasikan hasrat Universiti ke arah Universiti Penyelidikan.

Tamat.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM