IPDM adakan kunjungan hormat ke Razak School of Government

Posted in Akhbar & Berita

RSOG 1

IPDM Online: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke Razak School of Government (RSOG) pada 21 April 2015. Kunjungan hormat yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz ini bertujuan untuk membincangkan konsep kerjasama yang boleh dijalinkan oleh kedua-dua pihak, khususnya dalam bidang penyelidikan dan penerbitan. Kunjungan hormat IPDM ini disambut oleh Pengurus Besar Razak School of Government, Encik Azham Zainal Abidin. Encik Azham berpandangan bahawa RSOG dan IPDM mempunyai bidang kepakaran yang hampir sama. Berdasarkan bidang kepakaran yang hampir sama ini, RSOG dan IPDM boleh menjalinkan kerjasama dalam beberapa aktiviti seperti penganjuran seminar, latihan, penyelidikan dan penerbitan, ujarnya lagi. Turut hadir dalam kunjungan hormat ini ialah Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, Timbalan Pengarah IPDM dan Encik Muhamed Nor Azman Nordin, Pegawai Penyelidik Sosial IPDM.

Tamat.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM