IPDM TERIMA DUA PELAJAR PRAKTIKUM DARI UNIVERSITAS KOMPUTER (UNIKOM), BANDUNG

Posted in Akhbar & Berita

 

Student Pratikal

IPDM ONLINE: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) menerima dua (2) orang pelajar daripada Universitas Komputer (UNIKOM), Bandung, Indonesia iaitu Dina Arista dan Desi Siti Fatimah menjalani Latihan Industri (LI) di IPDM selama sebulan bermula dari 2 Mac 2015 hingga 25 Mac 2015.

Penerimaan pelajar-pelajar daripada Universiti luar Negara bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dua hala antara IPDM dan juga Universiti Luar khususnya UNIKOM, Bandung, Indonesia, pelajar-pelajar tersebut juga dapat mempelajari ilmu-ilmu baru berkaitan hal ehwal pentadbiran dan juga pengurusan di UUM terutamanya di IPDM.

Walaupun hanya dalam tempoh yang singkat menjalani Latihan Industri di sini diharapkan mereka dapat menimba sebanyak mungkin ilmu yang ada di IPDM dan UUM untuk di bawa pulang.

Pengarah IPDM, Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz dan juga semua kakitangan mengucapkan selamat datang kepada kedua-dua orang pelajar ini.

Sekian.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM