IPDM ANJUR KURSUS RAKSA RAYA

Posted in Akhbar & Berita

               TAIPINGGTAIPING

IPDM ONLINE : Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menganjurkan Kursus Raksa Raya bertempat di Taiping Golf Resort, Taiping, Perak Darul Ridzuan. Kursus selama tiga hari yang bermula dari 29 hingga 31 Oktober 2014 sebagai platform percambahan pengetahuan tentang patriotisme dan negara bangsa yang semakin pupus. Kursus ini terhasil daripada inisiatif dan perbincangan jangka masa panjang di antara Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, Timbalan Pengarah IPDM bersama dengan Puan Norhuda Abdul Razak selaku Pengarah ILKM. Program yang bertujuan untuk menanam semangat cintakan negara telah disertai oleh 35 orang peserta yang merupakan petugas MARA dari seluruh Malaysia.
 
Di samping itu, IPDM telah diberi kepercayaan oleh MARA untuk mengendalikan kursus ini, di mana modul yang digunakan sepanjang kursus ini telah dihasilkan sendiri oleh Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri. Selain menjadi perunding bagi kursus ini, beliau turut mengendalikan kesemua 10 slot sepanjang kursus di mana beliau dibantu oleh Cik Rozira Abu dan Cik Aina Zawani Ahmad Fu-ad selaku fasilitator. Sepanjang kursus, para peserta diminta untuk menumpukan perhatian serta melibatkan diri dalam aktiviti dan latihan berkumpulan.  Isu semasa yang dibentangkan oleh para peserta haruslah berkaitan dengan topik pembelajaran sepanjang program. Peperiksaan dan pembentangan turut diadakan pada penghujung kursus bagi menguji tahap kefahaman para peserta sebelum sijil penyertaan diberikan.
 
HABIS.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM