IPDM MENANG SATU GANGSA DI ICON 2014

Posted in Akhbar & Berita

Terengganu

 

IPDM Online: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia telah berjaya memenangi satu pingat perak dan satu gangsa dalam International Innovation, Invention & Design Competition & Conference 2014 (ICON 2014) anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu pada 16 Oktober 2014.

Pingat gangsa telah berjaya diperoleh melalui kajian “Persepsi Terhadap Semangat Patriotik Dalam Kalangan Belia Perak”. Kajian yang dibuat oleh Dr. Haji Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri (Ketua Penyelidik), Profesor Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz, Encik Shahidan Shafie dan Encik Muhamed Nor Azman Nordin ini menunjukkan bahawa kesedaran serta semangat patriotik di kalangan belia memuaskan. Kajian ini dibiayai oleh Geran Penyelidikan Amanjaya 2013, Institut Darul Ridzuan, Perak.

Bagi Dr. Haji Ahmad Zaharuddin, anugerah ini merupakan pembakar semangat untuk IPDM terus melangkah ke hadapan dalam menghasilkan kajian-kajian yang berimpak tinggi, selain membantu merealisasikan hasrat Universiti ke arah Universiti Penyelidikan.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM