10 RESOLUSI TERHASIL DARI SEMINAR PEMIKIRAN TOKOH NEGARAWAN ASEAN 2014

Posted in Akhbar & Berita

UUM ONLINE 1

 

UUM ONLINE : 23 September - Seminar Pemikiran Tokoh Negarawan ASEAN 2014 yang melabuhkan tirainya secara rasmi semalam menghasikan 10 Resolusi dari pembentangan kertas-kertas kerja sepanjang dua hari seminar itu berlangsu

Seminar yang bertemakan "Merintis Kesatuan Tamadun ASEAN dianjurkan oleh Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berlangsung mulai 22 hingga 23 September di EDC-UUM.

Seminar ini antara lain bertujuan untuk mengumpul dan mendokumentasikan maklumat berkaitan ketokohan dan pemikiran tokoh-tokoh negarawan negara-negara ASEAN.

Selain sesi pembentangan kertas-kertas kerja oleh para pembentang, seminar turut diisi dengan beberapa acara lain seperti majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Arkib Negara Malaysia dan IPDM UUM, Pelancaran buku "Demokrasi di Malaysia" oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Sesi Bersama Menteri Besar Kedah dan pembentangan resolusi seminar.

Sejumlah 10 resolusi terhasil dalam seminar ini, antaranya ialah :

Pengenalan kepada ketokohan negarawan dan kepimpinan ASEAN adalah langkah permulaan untuk menjalin hubungan antara komuniti dari negara-negara wilayah Asia Tenggara yang bergabung di bawah ASEAN;

Membina tekad untuk terus saling mengenali antara satu sama lain yang sememangnya kaya dengan sejarah, bahasa, budaya dan kesamaan nilai yang dimiliki dan dikongsi bersama;

Mengambil ketetapan untuk terus menjalin keakraban terutama di kalangan generasi mudanya untuk terus memupuk budaya saling berinteraksi dan berdialog untuk menyelesaikan segala konflik yang bakal timbul dalam usaha membina komuniti ASEAN yang benar-benar bersatu demi mengekalkan sebuah rantau yang aman, makmur dan bahagia.

Resolusi dibentangkan oleh Pengarah IPDM UUM, Prof. Dato' Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz. Warkah resolusi tersebut kemudiannya diberikan kepada Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Azemi Abdul Aziz.

Sementara itu, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Azemi Abdul Aziz yang menyempurnakan majlis penutup seminar itu merakamkan sekalung penghargaan kepada IPDM UUM atas kesudian menjalin kerjasama dengan Arkib Negara Malaysia dalam menganjurkan seminar tersebut.

"Di sini juga saya ingin mengalu-alukan kerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang lain untuk menganjurkan program-program sebegini memandangkan ia merupakan medan yg terbaik bagi kita membentuk generasi muda untuk mempunyai semangat persefahaman yang kukuh, sikap toleransi, saling hormat-menghormati, bermuafakat dan bersedia untuk bertolak ansur antara satu sama lain," katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis penutup seminar tersebut.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pembentang-pembentang kertas kerja kerana berjaya memberikan pembentangan yang berguna dan kepada pihak moderator seminar yang telah berjaya mengemudikan sesi-sesi pembentangan dengan baik.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM