PENGKISAHAN PERJUANGAN VAT 69 UNTUK KEAMANAN NEGARA

Posted in Akhbar & Berita

VAT69 1

 

IPDM ONLINE : Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan sesi “Pengkisahan Perjuangan VAT 69 untuk Keamanan Negara” bertempat di Dewan Seminar B, Kompleks Konvensyen Universiti Utara Malaysia pada 14 September 2014. Sesi pengkisahan ini dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam (PPA) Kedah.
 
Pengkisahan yang diadakan sempena sambutan bulan kemerdekaan ini bertujuan untuk mempertingkatkan semangat patriotisme dalam kalangan warga kampus melalui perkongsian pengalaman yang dilalui oleh bekas anggota VAT 69 terutamanya semasa melakukan operasi membanteras pergerakan komunis di negara ini. Sesi pengkisahan ini disampaikan oleh bekas anggota VAT69, DSP (B) Tuan Haji Mohd Noor Razak, Sub-Insp (B) Khalid Ahmad dan Sjn (B) Rosli Long.
 
Menurut DSP (B) Mohd Noor Razak, walaupun gaji yang diterima oleh anggota VAT 69 pada masa itu adalah rendah tetapi mereka ikhlas berjuang dan demi mempertahankan negara dari ancaman musuh baik dari dalam mahupun luar.
 
“Pengorbanan yang mereka lakukan kepada negara bukanlah untuk menerima sanjungan tetapi atas rasa tanggungjawab terhadap keselamatan negara”, ujar beliau lagi.
 
Sesi pengkisahan ini juga menggambarkan bahawa negara tidak pernah sunyi daripada isu-isu yang boleh mengancam keselamatan negara dari semasa ke semasa. Oleh itu, Profesor Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz, Pengarah IPDM berpandangan bahawa sesi pengkisahan ini perlu direkod dalam bentuk sejarah lisan agar generasi baharu dapat mengambil iktibar dari peristiwa-peristiwa silam yang berlaku dalam negara supaya ia tidak berulang.
 
Pada sesi pengkisahan ini juga, Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Universiti Utara Malaysia telah diiktiraf sebagai Sahabat Perpustakaan Awam. Sijil pengiktirafan ini disampaikan oleh Encik Hashimi Hassan, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.
 
Turut diadakan pameran mengenai VAT 69 yang dikendalikan oleh Perbadanan perpustakaan Awam Kedah.
 
Hadir sama dalam sesi pengkisahan ini adalah persatuan bekas anggota VAT 69 serta pelajar dan pensyarah dari Universitas Negeri Malang, Indonesia.
 
HABIS.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM