TRANSFORMASI MINDA
![]() |
Tajuk: Transformasi Minda
ISBN: 978-983-44865-5-6
Tahun: 2011
Hlm.: 96
Penyelenggara: Abdul Rahman Abdul Aziz & Muhamed Nor Azman Nordin
Kategori: Buku (Kompilasi Artikel)
Penerbit: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Harga: RM23.00
|
Sinopsis
Transformasi adalah perubahan bentuk (sifat, rupa, keadaan, dan lain-lain). Walaupun transformasi lebih merujuk kepada perubahan tetapi perubahan yang dimaksudkan adalah perubahan yang berlaku secara menyeluruh dan bukannya sedikit demi sedikit, atau sebahagia daripada bentuk/struktur yang sedia ada. Seandainya perubahan itu berlaku sedikit atau sebahagian daripada bentuk/struktur yang sedia ada, itu hanyalah perubahan biasa (change). Transformasi biasanya merujuk kepada dua keadaan, iaitu pertama perubahan ke arah kebaikan dan keduanya perubahan ke arah kerosakan. Dalam konteks ini, transformasi yang dinyataka adalah menjurus kepada perubahan ke arah kebaikan. Perubahan ke arah kebaikan di sini tidak bermakna selama ini kita berada dalam keadaan yang tidak baik tetapi untuk terus hidup dalam order baru dunia, kita harus terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan sempurna. Proses ini sebenarnya akan berterusan dan tidak akan terhenti pada satu titik nokhtah. Dalam usaha untuk melakukan transformasi negara, transformasi minda harus diberikan perhatian dan harus dimulakan terlebih dahulu. Keupayaan minda yang mantap dan hebat akan membolehkan pelbagai cabaran dan masalah ditangani secara lebih intelektual, rasional dan berstrategi. Melaluinya kita dapat memahami keperluan dan kehendak negara bagi mencapai kecemerlangan, lantas mencapai aspirasi negara.
Kandungan