MODAL INSAN PROAKTIF
![]() |
Tajuk: Modal Insan Proaktif
ISBN: 978-983-44865-4-9
Tahun: 2012
Halaman: 82
Penyelenggara: Abdul Rahman Abdul Aziz
Kategori: Buku (kompilasi artikel)
Penerbit: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Harga: RM24.00
|
Sinopsis
Arus pembangunan masa kini mengkehendaki setiap pekerja meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan terutamanya dalam bidang masing-masing yang akhirnya mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan dan daya saing organisasi. Dalam era globalisasi dan keadaan organisasi yang semakin kompleks, usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ilmu pengurusan ini bukan sahaja harus tertumpu kepada golongan pengurusan dan profesional semata-mata bahkan juga harus merentasi kumpulan-kumpulan sokongan (operational level). Kumpulan ini penting sebagai agen pelaksana misi, visi dan objektif sesebuah organisasi. Perancangan yang dibuat oleh kumpulan pengurusan dan profesional tidak akan berjaya sekiranya berlaku ketempangan di peringkat pelaksanaan. Maka, teknologi, pengetahuan dan kemahiran terkini mengenai pengurusan organisasi harus didedahkan kepada kumpulan ini supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan sebarang bentuk perubahan dan akhirnya mengaplikasikannya dalam tugasan seharian. Lantas menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, dalam persekitaran global yang semakin mencabar pekerja tanpa mengira pangkat mahupun usia perlu lebih proaktif dalam memikul tugas seharian. Inilah yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia keempat Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir, "Zaman kita menanti peluang menjelma telah berlalu. Zaman ini bukan sahaja memerlukan kita mencari peluang-peluang baru, malahan kita perlu membentuk peluang-peluang..."
Isi Kandungan