AKHBAR & BERITA

PENGARAH IPDM KE STAI AL-GHAZALI, SOPPENG, INDONESIA

sopeng

 

Soppeng , 7 Mei 2018 – Dalam acara tahunan, Sekolah Tinggi Agama Islam (STAI) Al-Ghazali, Soppeng, Indonesia telah menganjurkan Kuliah Pakar Umum di kampus Al-Ghazali dengan kerjasama Syarikat Sembilan Tiga Community (STC). 

Dalam penganjuran program tersebut, Pengarah IPDM, PPjR. Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri telah menerima undangan bagi menyampaikan kuliah umum kepada mahasiswa di STAI Al- Ghazali yang bertajuk “Fiqh Mencari Kebenaran, Konsep Tabayyun Menghadapi Hoax Dalam Dunia Moden”.

Ketua Syarikat STC, Badruddin Kaddas yang menyambut baik kedatangan Pengarah IPDM turut mengatakan hasrat STAI Al-Ghazali untuk menjalinkan kerjasama dengan UUM pada masa akan datang. 

Dalam program itu, pimpinan tertinggi STAI Al- Ghazali merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengarah IPDM atas kesudian menjalinkan kerjasama dan berharap hubungan baik ini akan terus terjalin bagi memastikan kelancaran untuk program-program yang akan datang.