AKHBAR & BERITA

CHIT-CHAT TN50 : THIS IS JITRA

CHIT-CHAT TN50 : THIS IS JITRA

ChitChat ThisIsJitra

Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Jitra dan  Utusan (Malaysia) Berhad dalam usaha menyahut panggilan kepimpinan negara dalam memperjuangkan aspirasi Pelan Transformasi Nasional 2050 atau TN50 untuk memberi inspirasi kepada masyarakat Malaysia terutamanya generasi belia.

Program dialog Chit Chat TN50 : This Is Jitra ini dikendalikan oleh Pengarah IPDM,  PPjR. Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri yang diadakan di Dewan Besar Institut Latihan Perindustrian Jitra. 

Dialog Chit Chat TN50 : This Is Jitra merupakan satu mekanisme yang dilihat bagi perkongsian idea-idea mengenai masa depan generasi muda yang dikupas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Jitra, YB Dato’ Aminuddin Omar, Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah, Prof. Madya Dr. Shaiful Annuar Khalid serta bintang bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar.

Lebih 600 peserta mewakili tujuh institusi pengajian tinggi serta 20 jabatan dan agensi kerajaan dalam daerah Kubang Pasu hadir dan menyuarakan aspirasi mereka sebagai belia dalam Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Selaku moderator, Pengarah IPDM berkata, sesi dialog Chit Chat TN50, kebanyakan peserta yang hadir menyuarakan aspirasi mereka terutama dalam hal berkaitan peluang pekerjaan dan perniagaan.

“Justeru, dialog ini adalah medium yang terbaik untuk mereka luahkan pandangan. Berbanding dalam media sosial, sesi dialog sebegini membenarkan aspirasi mereka disampaikan terus kepada pemimpin,” ujarnya.