Artikel

IPDM TERIMA KUNJUNGAN DARI LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA)

Perda

Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) telah menerima kunjungan dari Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) pada 4 Julai 2018.

Kunjungan ini bertujuan untuk berkongsi idea dan pengalaman antara IPDM dan PERDA terutamanya dalam pembangunan Modul Kepimpinan Belia. Pertemuan selama lebih kurang 2 jam ini secara tidak langsung membolehkan kedua-dua pihak saling kenal mengenali dengan lebih dekat lagi.

Pengarah IPDM, PPjR. Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri sangat mengalu-alukan kedatangan wakil dari PERDA dan senang untuk berkongsi idea bagi mengeratkan lagi hubungan kerjasama yang bakal terjalin antara IPDM dan PERDA.

Lawatan kali ini telah dihadiri oleh 5 orang pegawai PERDA yang diketuai oleh Encik Mohd Asri Baharum @ Harun, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA.