Artikel

SEKOLAH POLITIK IPDM-MBM DILANCARKAN

sekolah politik

Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia telah melancarkan program Sekolah Politik baru-baru ini.

Pelancaran sekolah ini telah dilancarkan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Saudara Muammar Ghadafi dan Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri yang bertempat diPusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Program sekolah politik ini ditubuhkan bagi mendidik rakyat tentang kepentingan dan peranan politik dalam membentuk sesebuah negara. Program ini juga akan memfokuskan golongan belia kerana golongan ini yang kurang berpengetahuan luas tentang politik.

Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, program itu akan dimulakan pada 7 Julai ini dan akan bermula di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras. Program ini mempunyai 6 siri atau silibus yang akan dijalankan pada Tarikh yang akan ditentukan kemudian.

“Setiap peserta program akan mendapat sijil setiap kali selepas habis satu silibus dan sekiranya mendapat sambutan, kita akan usahakan untuk mendapatkan diploma eksekutif untuk peserta yang melengkapkan tiga semester,” katanya selepas majlis pelancaran program Sekolah Politik ini.