Artikel

WACANA "MALAYSIA BARU : PERUBAHAN DAN KESINAMBUNGAN"

wacana

Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad telah menganjurkan satu program wacana dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia baru-baru ini. Program ini telah mengumpulkan sebanyak 80 orang belia dan NGO di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Dalam wacana yang bertajuk Malaysia Baru: Perubahan dan Kesinambungan ini telah membariskan beberapa orang panel yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, YB Edry Faizal Eddy Yusof, ADUN Paloh, YB Amran Ariffin dan Ketua Penerangan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Saudara Ulya Uqamah Husamudin dan Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara, Saudara Wan Anwar Wan Ibrahim.
Program wacana ini juga dikatakan menyambut baik seruan Menteri Pendidikan iaitu tiada lagi sekatan bagi penganjuran forum atau wacana di universiti awam dalam menjadikan institusi ini sebagai medan intelektual.
Pengarah IPDM, PPjR. Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri selaku moderator bagi program wacana ini mengatakan bahawa program seperti ini akan diadakan dengan lebih kerap bagi memberi peluang kepada pandangan dan kupasan ilmiah daripada semua pihak.
Program itu juga turut dihadiri oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Saudara Muammar Ghadafi selaku pemerhati.