Artikel

PENGARAH IPDM SEBAGAI PANEL DALAM SEMINAR AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

seminar Al Quran

Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, baru-baru ini telah menganjurkan Seminar Al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1439H/2018M pada 12 Mei 2018 bertempat di TH Hotel Pulau Pinang. 

Penganjuran seminar oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang pada kali ini adalah bersempena Sambutan Bulan-bulan Al-Quran. Seminar ini bertemakan “Memahami Konsep Siasah Menurut Al-Quran : Persepsi & Realiti”.

Dalam penganjuran seminar kali ini, Pengarah IPDM, PPjR. Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel jemputan, yang menyampaikan tajuk “Ulama’ dan Politik : Pasca Moden vs Tradisional” bersama dua lagi ahli panel jemputan iaitu Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran, IKIM dan Dr Mohd Hafiz Mahaiyadin, UiTM turut hadir ke seminar ini.

Dalam pada itu, sesi ucaptama disampaikan oleh Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Zulkifly bin Muda, Mufti Negeri Terengganu.