PENTADBIRAN AWAM TRANSISI DAN PEMBENTUKAN

Posted in Buku Terbitan IPDM

pentadbiranawamtransisi 
Tajuk: Pentadbiran Awam Transisi dan Pembentukan
ISBN: 978-983-44865-2-5
Tahun: 2010
Halaman: 121
Penyelenggara: Abdul Rahman Abdul Aziz
Kategori: Buku (kompilasi artikel)
Penerbit: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Harga: RM29.00

Sinopsis

Koleksi ucapan ini cuba untuk mengingatkan kembali tugas dan tanggungjawab perkhidmatan awam, iaitu "Berkhidmat Untuk Negara" yang telah dilaksanakan sepenuhnya oleh "Kerajaan Berjiwa Rakyat". Slogan ini telah terbukti berkesan dalam membantu kerajaan yang memerintah untuk menjayakan program-program pembangunan untuk kemakmuran dan kesejahteraan bersama. Ucapan tiga Perdana Menteri telah mendedahkan beberapa isu yang berkaitan dengan perkhidmatan awam dengan program pembangunan negara. Antara isu yang disentuh oleh Tunku Abdul Rahman ialah mengenai kualiti diri penjawat awam, peranan dan tanggungjawab kesatuan sekerja dan proses yang dilalui oleh negara baharu merdeka iaitu untuk menempatkan dan kemudian mengambil alih peranan pegawai-pegawai British. Proses ini dikenali sebagai 'Malayanisasi'. Tun Razak pula memberi fokus untuk membudayakan pegawai-pegawai yang dahulunya bekerja dengan pentadbiran penjajah British dengan suasana negara yang baharu merdeka. Proses ini dilakukan semenjak tahun 1960-an dan kemudian apabila beliau menjadi Perdana Menteri, usaha untuk menjitukan pentadbiran awam semakin ketara, khususnya dengan penubuhan INTAN. Manakala Tun Hussein on pula menyatakan secara jlas hubungan politik atau kerajaan dengan perkhidmatan awam. Secara tegas Tun Hussein menegaskan bahawa fungsi utama penjawat awam ialah untuk membantu kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk menjalankan apa-apa yang telah dijanjikan dalam pilihan raya bagi menjamin rakyat dapat hidup sempurna, makmur, aman dan bahagia.

 

Kandungan

Pengenalan

The Personality of Civil Servants for the New Nation

Pembelaan Nasib Pekerja untuk Kestabilan Sosial

The Role of CUEPACS

Rancangan Pembangunan Negara

The Challenging Task for Civil Servants in the New Nation

The Administrative Accelator

The Relationship between Federal and State Government in Development Matters

Reorientasi Pentadbiran Awam

Development Philosophy: Process and Techniques

Kepentingan Berpersatuan

Berkhidmat dengan Ikhlas

Etika Perkhidmatan Awam

Memenuhi Harapan Rakyat

Imej Perkhidmatan Awam

Berkhidmat untuk Negara

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM