AGENDA KETAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Posted in Buku Terbitan IPDM

agendaketahanannasional 
Tajuk: Agenda Ketahanan Nasional Malaysia
ISBN: 978-983-44865-8-7
Tahun: 2011
Halaman: 106
Penyunting: Abdul Rahman Abdul Aziz & Mohd Azizuddin Mohd Sani
Kategori: Buku (kompilasi artikel)
Penerbit: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Harga: RM22.00

Sinopsis

Agenda ketahanan nasional Malaysia merupakan satu perkara penting dalam pembentukan sebuah negara bangsa. Ketahanan negara perlu dilihat dari aspek luar dan dalam. Perdana Menteri Malaysia ketiga Tun Hussein Onn pernah menekankan bahawa Malaysia boleh mewujudkan keharmonian andainya mampu menguruskan empat perkara utama yang saling berkaitan antara satu sama lain. Perkara ini adalah politik, ekonomi, perpaduan dan keselamatan. Tun Hussein percaya bahawa seandainya salah satu daripada empat perkara ini tempang, maka negara akan berada dalam keadaan tidak stabil. Negara ibarat organisma tidak lagi boleh hidup dalam dunianya sendiri. Negara hari ini perlu mempunyai hubungan dengan negara lain, tetapi konteks hubungan ini hendaklah dilihat dalam keadaan menang-menang dan menghormati kedaulatan negara lain. Dunia tanpa batasan hari ini memperlihatkan kedaulatan dan keselamatan sesebuah negara sering diceroboh dalam pelbagai bentuk dan rupa sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Justeru, penekanan dan kefahaman mengenai ketahanan negara harus disebarluaskan agar warganya bukan sahaja memahami pentingnya ketahanan sesebuah negara bahkan mampu menyemai semangat patriotisme yang akhirnya mampu memacu merealisasikan aspirasi negara, menjadi sebuah negara maju.

 

Kandungan

Prakata

 

Bab 1

JENAYAH DAN ISU PEMERDAGANGAN ORANG DI KALANGAN WARGA ASING
penulis: Mohd Bakri Mohd Zinin
 
Bab 2
CIRI-CIRI PERLU ADA BAGI MENCAPAI KETAHANAN YANG CEMERLANG DALAM SESEBUAH ORGANISASI
penulis: Shaharudin Ismail
 
Bab 3
PERUBAHAN GENERASI DAN PERKEMBANGAN DEMOKRASI DI MALAYSIA PASCA PILIHAN RAYA UMUM KE-12
penulis: Mujibu Abd Muis, Badrul Azmier Mohamed@Bakar, Zaliha Hj Husin
 
Bab 4
DARURAT DI TANAH MELAYU: PERISTIWA DAN PENGAJARAN UNTUK GENERASI MASA KINI DALAM KONTEKS KETAHANAN NASIONAL
penulis: Zulhilmi Paidi & Rohani Hj Ab Ghani
 
Bab 5
RUKUN NEGARA MEMPERKUKUHKAN KETAHANAN NASIONAL
penulis: Abdul Rahman Abdul Aziz
 
Bab 6
KESANTUNAN BAHASA DALAM KALANGAN PELAJAR IPT: SATU KAJIAN PERBANDINGAN ETNIK
penulis: Yusniza Yakub, Faizah Ahmad & Nasariah Mansor

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM