RUNTUHNYA MEDIA DAN INTELEK MELAYU SINGAPURA

Posted in Buku Terbitan IPDM

runtuhnyamedia 
Tajuk: Runtuhnya Media dan Intelek Melayu Singapura
Penulis: Zainuddin Maidin
ISBN: 978-967-0193-01-4
Tahun: 2011
Halaman: 11
Kategori: Buku (Ucapan)
Penerbit: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Harga: RM9.00

Sinopsis

Runtuhnya media dan intelek Melayu Singapura mengungkit satu memoir mentaliti intelektualisme dan sikap orang Melayu di Singapura. Singapura sebagai kosmopolitan telah berjaya membentuk watak negaranya yang terbuka sifatnya dengan nasionalisme yang progresif dan dinamik, terutama di kalangan orang Melayu. Tetapi kini semuanya sepi dan tenggelam. Anak-anak Melayu yang berjaya sebagai profesional atau sebagai usahawan dan sebagainya dengan bantuan biasiswa, pinjaman dan sebagainya, tidak ramai yang menunjukkan kesedaran seperti mereka yang telah bangun di atas kaki sendiri di awal kebangkitan Melayu di Singapura. Malahan lebih memilukan apabila mereka kelihatan sukar untuk melahirkan lebih ramai orang Melayu yang berjaya seperti mana harapan pemimpin negara. Sebagai orang Melayu kita harus menilai diri kita untuk mengenali apakah yang diperlukan dalam perjuangan untuk survival orang Melayu dalam Malaysia yang juga akan menghadapi cabaran yang sama. Moga-moga kita tidak lagi mewarisi kualiti manusia yang nampak perabot ketika beras diperlukan.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM